Kata-kata Kebaikan

  • Apabila mahu berbuat baik, lakukanlah sekarang dan apabila mahu berbuat jahat, tunggulah sampai besok.

  • Apabila anda berbuat kebaikan kepada orang lain bererti anda berbuat lebih baik kepada diri sendiri.

  • Apabila kamu tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, berikanlah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik.

  • Berbuat kebaikan kepada orang lain, itu bukan sahaja suatu kewajipan, bahkan suatu kesegaran batin yang dapat menyempurnakan kesihatan dan kebahagiaan anda.

  • Harga kebaikan manusia adalah menurut apa yang dikerjakannya.

  • Jangan jemu berbuat kebajikan.

  • Jalan yang berkesan bagi mendapatkan kebaikan adalah memberi kebaikan terlebih dahulu.

  • Kebaikan tidak bernilai selama diucapkan, kecuali baru bernilai sesudah dikerjakan.

  • kebaikan itu banyak, tetapi sedikit orang yang membuatnya.

  • Apabila anda tidak dapat menemui kebaikan seseorang, lebih baik mengunci bibir anda erat-erat, anda akan bersyukur.

  • Kebaikan tidak berdiam di lidah, tetapi di hati.

  • Lupakanlah segala kebaikan yang sudah kita lakukan, namun ulangilah secara lebih baik lagi.

  • Melakukan kebaikan dimulai daripada berfikir berkaitan kebaikan.

  • Mereka sering kali lupa kebaikan yang anda lakukan pada mereka, tetapi yang tetap diingat adalah kejahatan yang pernah anda lakukan.

  • Sesiapa berbuat baik demi kebaikan dan tidak mengharapkan pujian serta balasan, akhirnya dia menerima kedua-duanya.

  • Tidak ada sesuatu yang baik atau pun yang jahat, hanya cara orang memikir dan memahami jua lah yang menyebabkan perbezaan itu.

  • Perkara yang sukar bagi orang yang ingin memperbaiki dunia, adalah mereka itu tidak memulai memperbaiki dirinya sendiri.

  • Orang yang selalu membicarakan kebaikan dirinya biasanya adalah orang yang kebajikannya paling kurang.

  • Mutu terbaik suatu kebaikan dan kebajikan adalah kita perlu segera melakukannya, mencuba melampauinya dan jangan menyebut-nyebutnya.

Wednesday, August 3, 2011

0 Comments:

 
B L U E R O S E - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger