10 Tip Isteri Mithali ( bab 1 )

  1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.

  2. Sentiasa taat kepada suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

  3. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

  4. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Ada kalanya anda perlu berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.

  5. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.

  6. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

  7. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

  8. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa atau pun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

  9. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.

  10. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah atau pun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.


    p/s : petikan dari Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah

Thursday, July 28, 2011

0 Comments:

 
B L U E R O S E - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger