Apa ada pada HATI?

  • Apa yang menyakiti hatimu, jangan dibuat kepada orang lain.

  • Apa yang ditolak oleh hatimu, hendaknya engkau tinggalkan.

  • Hati-hati secara berlebihan, sama buruknya dengan tidak berhati-hati.

  • Hati orang bodoh ada pada mulutnya, tetapi mulut orang bijaksana ada pada hatinya.

  • Hati kita sendiri dan bukan pendapat orang lain yang membentuk kehormatan kita yang sejati.

  • Mengambil hati orang lain adalah lebih sukar daripada menakluk benteng musuh.

  • Orang yang paling pandai bermuka-muka di dunia ini, adalah orang yang busuk hatinya.

  • Sungguh bahagia apabila kita hidup bermurah hati antara musuh kita, kerana janganlah membenci musuhmu.

  • Tidak ada yang selembut dan sekeras hati.

  • Melukai hati seseorang adalah mudah, menyembuhkannya kembali sangat susah.

  • Jangan mengharapkan orang lain menggembirakan hatimu sekiranya anda sendiri lebih suka bersusah hati.

  • Orang yang otaknya cerdas, tiada gunanya kalau hatinya kaku.

  • Apabila anda ingin menawan hati seseorang supaya menuruti kehendak anda, yakinkanlah dia dahulu anda adalah sahabat baiknya.

  • Berikanlah kegembiraan hati barang sesaat, kerana hati itu apabila penat boleh menjadi buta.

  • Orang yang murah hati jarang menjadi orang yang sakit mental.

  • Bermurah hatilah! Berikanlah kepada orang yang anda sayangi, berikanlah kepada yang beruntung serta berikanlah kepada yang sial, terutama kepada siapa yang anda tidak ingin berikan.

  • Rahsia kebijaksanaan, kekuatan dan pengetahuan adalah kerendahan hati, rahsia pengaruh adalah kesederhanaan.

  • Kerendahan hati adalah dasar yang kukuh bagi segala kebajikan.

Saturday, August 13, 2011

0 Comments:

 
B L U E R O S E - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger