Jangan terlalu berbangga dengan kelebihan diri, kerana itu adalah milik Allah. Sebaliknya, berbanggalah pada kekurangan diri kerana itu milik kita.
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
Sesungguhnya
Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu
semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya
megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu
menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.
( HR : Muslim )
- Islam
menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati
sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang
harmoni.
- Kedudukan
orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu
Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan
sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.
- Islam
melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan
kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati
antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia
mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

0 Comments:
Post a Comment