Riak datang dalam berbagai bentuk.
Nak tahu riak tu ada ke tak ada dalam diri anda? Jawapannya, selidiki respon anda bila anda dipuji, menerima pujian dan ketika menerima penghargaan.
Bagaimana rasa diri anda? Bangga? Suka?... Hati-hati! Bangga kerana suka dipuji itu pemula riak kerana dari
bangga, kita merasa diri kita lebih bagus, lebih hebat, lebih tinggi
pencapaiannya dari orang-orang di sekeliling kita.
Cara terbaik untuk mengelak diri kita dari dikuasai riak, ucapkan
penghargaan seikhlas hati pada kawan-kawan, ahli keluarga, ibu bapa,
adik beradik dan orang-orang yang anda kenali. Katakan, kerana merekalah anda berjaya.
Rajin-rajinkan diri beristighfar kerana bila kita merasa sudah hebat,
rasa itu menjadi pemula kepada bisikan-bisikan negatif yang akan
membuat kita memandang rendah pada orang-orang disekeliling kita tanpa
kita sedari.
Berdepan Sifat Riak
Labels: Tips
0 Comments:
Post a Comment