Bunga 1 : Contohilah serangga lebah yang hanya hinggap di atas bebungaan yang sedang mekar dan di ranting-ranting yang runcing.
Bunga 2 : Berjanjilah dengan diri anda bahawa tidak sekali-kali akan mengungkap dan mencari-cari kekurangan dan kesalahan orang lain.
Bunga 3 : Ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda, jadi tidak ada sebab untuk anda merasa takut? Tetapi jika anda memusuhi Allah maka tidak ada lagi tempat anda bergantung harap.
Bunga 4 : Gejolak kedengkian akan merugikan diri sendiri, sedangkan api kecemburuan akan membakar apa sahaja.
Bunga 5 : Lakukan apa yang sepatutnya anda selesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak kepada anda.
Bunga 6 : Jauhilah setiap tempat yang mudah menjadi medan permusuhan dan perbalahan.
Bunga 7 : Jadikanlah dirimu memakai akhlak mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga.
Bunga 8 : Jangan bosan dan jemu untuk berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana-mana.
Bunga 9 : Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya, jangan peduli kepada setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.
Bunga 10 : Kesenangan dari sumber yang haram akan mendatangkan penyesalan, kehinaan dan penderitaan yang luar biasa.
KARANGAN BUNGA
Labels: Mutiara Hikmah
0 Comments:
Post a Comment