skip to main |
skip to sidebar

1. Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibaca setiap hari akan memberi motivasi dan penyemangat bagi si pembacanya.
2. Ketika membaca Al-Qur'an, Allah akan menegur kita pada setiap ayat-ayat-Nya.
3. Bacaan Al-Qur'an yang melibatkan emosi akan memberikan kedamaian dan
ketenangan yang tidak bisa dilukiskan, seperti yang dialami dan dirasakan
oleh Sayyid Quthb Rahimahullah.
4. Orang yang membaca Al-Qur'an akan sentiasa ingat kepada Allah dan kembali kepada-Nya.
5. Orang yang membaca Al-Qur'an akan selalu berada dalam kecukupan dan nikmat Allah meski ia merasakan serba kurang di dunia.
6. Ayat-ayat Allah akan menjadi penjaganya selama ia hidup di dunia, kerana ia telah menjaga ayat-ayat-Nya.
7. Orang yang paham Al-Qur'an adalah orang yang memiliki banyak ilmu.
8. Orang yang membaca Al-Qur'an bagaikan orang yang sedang menyelami samudera kehidupan dan mengambil manfaat darinya.
9. Orang yang selalu akrab dengan ayat-ayat-Nya akan diberikan jiwa yang
sejuk, hati yang damai dan fikiran yang jernih, sehingga membuatnya ingin
selalu beramal, kreatif, inovatif dan produktif.
10. Orang yang
membaca Al-Qur'an akan selalu berada dalam kegembiraan dan penuh
harapan di saat orang lain merasakan kesedihan, kecemasan dan rasa
pesimis, kerana diri mereka selalu di pompa dengan siraman ayat-ayat-Nya
yang lembut.
11. Orang yang rajin membaca Al-Qur'an akan selalu di
beri jalan kemudahan dan petunjuk sehingga tidak mudah untuk menyimpang
dan menyerak kerana ayat-ayat Allah akan selalu mengingatkan dirinya
ketika dirinya tersandung dosa dan maksiat.
12. Orang yang membaca dan menjaga Al-Qur'an selalu berada dalam lingkungan dan penjagaan Allah.
13. Ayat-ayat Al-Qur'an mengajak pembacanya untuk sentiasa berfikir, merenung dan beramal sebanyak-banyaknya.

0 Comments:
Post a Comment