Sikap kebanyakan umat Islam adalah bakhil dan kedekut dalam bersedekah. Mereka sangat susah untuk mengeluarkan sedekah walaupun nilainya tidak sampai satu ringgit. Keadaan umat Islam hari ini dapat digambarkan dengan kelucuan seperti ini:
- Duit $50 terasa besar untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid, tetapi begitu kecil apabila dibawa ke supermarket.
- 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.
- Betapa lamanya 2 jam berada di dalam masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu sewaktu menonton TV atau wayang di pawagam.
- Susahnya merangkai kata untuk dilafazkan apabila berdoa atau solat, tetapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang apabila bertemu kawan-kawan.
- Seruan dan teriakan yang berpanjangan sewaktu pertandingan pasukan bola adalah satu kegemaran, tetapi betapa bosannya apabila imam solat Tarawikh di bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
- Untuk membaca al-Quran 1 juz amatlah susah, tetapi untuk majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dibaca dalam masa yang singkat.
- Orang berebut tempat paling depan untuk menonton bola atau konsert tetapi berebut mencari saf (barisan) paling belakang apabila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.
- Kita perlu mengundang seawal 3 hingga 4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmu supaya boleh dimasukkan di dalam agenda, tetapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.
- Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
- Kita begitu percaya apa yang dikatakan orang sebagai e-mail layang di internet, tetapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam al-Quran.
- Semua orang ingin memasuki syurga tanpa perlu beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
- Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tetapi apabila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir beberapa kali.
P/S : Jangan biarkan diri kita menjadi sebahagian daripada kelucuan tersebut.
0 Comments:
Post a Comment