1. Apabila nasib anda buruk, berusahalah untuk mengambil keuntungan sebanyak- banyaknya dari keadaan itu.
2. Dalam kegagalan dan kesusahan itu tersembunyi pengalaman, rahsia hidup dan nasihat-nasihat kebijaksanaan yang sangat berharga.
3. Gagal dalam kemuliaan adalah lebih baik daripada menang dalam kehinaan.
4. Jika seseorang bergerak dengan penuh keyakinan ke arah impiannya dan mencuba hidup dengan kehidupan yang diangan-angankannya, dia akan menemui kejayaan yang tidak disangka-sangka.
5. Keluhan adalah merupakan hambatan mental yang bisa menenggelamkan nasib seseorang ke dalam lembah air mata yang tidak berguna.
6. Rasa percaya kepada diri sendiri akan mendatangkan dua hal yang baik bagi seseorang, iaitu memperolehi kekuatan batin dan tabah dalam menghadapi segala dugaan.
7. Sekalipun anda telah keluar masuk melalui pintu kegagalan, namun anda masih memiliki harga diri, iaitu anda telah mencuba untuk melakukan sesuatu.
8. Sesiapa yang dapat membangkitkan semangat orang lain, seolah-olah seluruh dunia ini bersamanya dan dia tidak harus merasa kesunyian.
9. Pasrah terhadap hal yang tidak mungkin dihindari atau dielakkan dapat menenangkan dan melegakan fikiran yang tegang. Malahan pasrah merupakan ubat yang lebih mujarrab daripada seribu ubat penenang.
10. Seorang yang berfikiran dinamis itu berjiwa merdeka, dia tidak mahu terikat pada suatu ketentuan yang sama terus menerus. Adakalanya dia lebih suka memiliki pendirian dan caranya sendiri.
11. Orang yang jatuh itu belumlah dapat dikatakan kalah atau gagal dalam perjalanan hidupnya, tetapi yang dikatakan kalah dan gagal itu adalah orang yang jatuh tetapi tidak mahu bangkit kembali.
12. Kalau anda berhenti melawan kenyataan yang tidak dapat dihindari, maka anda akan beroleh kekuatan yang mungkin membuatkan hidup anda lebih aktif dan bahagia.
13. Janganlah anda mahu diganggu oleh kesulitan atau kesusahan, tetapi letakkanlah kesulitan/kesusahan itu dalam genggaman anda.
14. Kelemahan kita yang terbesar terletak pada sikap yang mahu berserah kepada keadaan. Suatu cara yang paling berjaya terletak pada kesempatan kita mencubanya sekali lagi.
14 Kata-Kata Hikmah
Labels: Mutiara Hikmah
0 Comments:
Post a Comment