SEJAMBAK MAWAR

Kuntum 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat.

Kuntum 2 : Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai.

Kuntum 3 : Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersama mu, para malaikat memohonkan ampunan untuk mu dan syurga telah menanti anda.

Kuntum 4 : Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.

Kuntum 5 : Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.

Kuntum 6 : Contohilah pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya.

Kuntum 7 : Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?

Kuntum 8 : Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.

Kuntum 9 : Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.

Kuntum 10 : Mandi, berwudhuk, memakai wewangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.

Sunday, March 8, 2009

0 Comments:

 
B L U E R O S E - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger